Satu kajian yang dilakukan oleh Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan 35 peratus pemandu Malaysia secara purata membelanjakan antara RM21-RM40 untuk membeli wiper manakala 28 peratus dan 15 peratus lagi masing-masing membelanjakan antara RM41-RM60 dan RM80-RM120.
Hanya harga kecil perlu dibayar untuk keselamatan kereta
Bosch mengesyorkan pemeriksaan wiper (pengelap cermin) kereta untuk melindungi insan tersayang pada musim Balik Kampung ini
Kajian mendedahkan betapa pentingnya wiper untuk keselamatan kereta
•Kajian Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan 35 peratus rakyat Malaysia secara purata membelanjakan antara RM21-RM40 membeli wiper
•70 peratus pemandu berpendapat fungsi wiper adalah amat penting untuk keselamatan pemandu dan penumpang
•Pemandu boleh menggantikan sendiri wiper dengan Bosch Clear Advantage hanya dengan satu langkah muda
Kajian itu turut mendedahkan 70 peratus pemandu Malaysia berpendapat wiper amat penting dalam memastikan keselamatan pemandu dan penumpang kereta. Bagaimanapun, 53 peratus pemandu cenderung untuk menggantikan wiper kenderaan mereka melebihi tempoh 12 bulan; hanya 32 peratus menukarnya dalam tempoh setahun. Pihak Bosch menyarankan semua pemilik kenderaan melakukan pemeriksaan apabila wiper berusia enam bulan dan menukarnya selepas setahun.
“Walaupun kebanyakan wiper hari ini boleh bertahan dalam tempoh sehingga setahun, kami menyarankan pemeriksaan wiper dilakukan dalam tempoh enam bulan sekali bagi memeriksa bilah sama ada haus dan kerosakkan,” kata Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.” Tambahnya, kualiti getah yang digunakan pada bilah wiper akan merosot dari masa ke masa disebabkan serpihan jalan raya, bahan kimia dan perubahan iklim selain terdedah kepada perubahan cuaca.
“Hujan lebat dan musim monsun terutama di negara tropika seperti Malaysia, pemandu bergantung kepada wiper untuk memastikan cermin hadapan kenderaan bersih ketika hujaan dan penglihatan jelas. Kos selenggara wiper adalah kecil, namun peranan dimainkannya dalam memastikan keselamatan pemandu dan insan tersayang adalah besar,” kata Pang.
“Pemandu yang bakal Balik Kampung tidak lama lagi sempena cuti Aidilfitri perlu mengenal pasti tanda-tanda haus dan kerosakan pada wiper,” tambah Pang.
Wiper Bosch Clear Advantage dilengkapi klip pantas pasang yang membolehkan pemandu menggantikan bilah wiper sendiri dengan mudah dan hanya satu langkah. Getah pada bilah wiper disaluti dengan grafit untuk mengurangkan geseran antara bilah dan cermin depan untuk prestasi mengelap lebih lancar dan senyap.
Bilah wiper yang rata turut dilengkapi dengan spring besi mono Evodium meliputi keseluruhan bilah, menghasilkan tekanan seragam ketika bilah wiper mengelap cermin depan kenderaan. Faktor-faktor ini bagi memastikan prestasi mengelap secara konsisten dalam apa jua keadaan, menjadikan Clear Advantage sebagai pilihan wiper paling ideal untuk cuaca di Malaysia.
Sumber: http://www.mialiana.com/2018/06/bosch-syor-pemeriksaan-pengelap-cermin.html
- Halaman Pertama
- Kedai Cermin Kereta Wind Autoglass Supplies
- Harga Cadangan Cermin Kenderaan
- Pemasangan Tidak Professional
- Baiki Cermin Kenderaan
- Cermin yang penar Kami Pasangkan
- Langkah-langkah Yang Perlu Diingat Selepas Pemasangan Cermin
- Tint Film Kami - Nanofilm
- Cara-cara Menjaga Cermin Anda
- Ketahui Maklumat Lebih Lanjut tentang Insuran Cermin
- Kami Menerima Semua Insurans Cermin
- Apakah itu Cermin Double Layer dan Cermin Single Layer
- Mengenal-pasti Cermin Original atau Bukan Original
- Pemeriksaan Pengelap Cermin Kenderaan anda